Sunday, August 30, 2009

salam kemerdekaan




Salam kemerdekaan kepada semua. Sesungguhnya bersyukurlah kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Peace forever

Thursday, August 27, 2009

PPM

Kat PPKI SKPU3 ni ada 4 orang PPM

1. Kak Gee yang sentiasa senyum

2. Ana yang terkenal dengan kasut bling-blingnya

3. Ayu yang tak pernah lekang hp ditangannya

4. Zai yang boleh bercakap segala topik

Disini PPM tidak dibezakan dengan guru-guru lain. Buktinya murid-murid still panggil semua PPM dengan panggilan cikgu. Semua PPM baik hati, suka menolong, pandai memasak dan cool semuanya he he he











Kak Ayu

Walaupun dia tua dari aku 2 tahun je... aku still panggil kak Ayu sebagai tanda hormat sbb dah biasa dalam hidup aku, kalo orang pompuan lebih tua dari aku, aku akan panggil "kak". Cuma yang lelaki aku jarang sangat panggil abang kalo nak rapat sbb bagi aku kalo lelaki aku panggil abang, seolah-olah aku cipta gap atau jurang dengan dia... tu mmg cara aku dan aku rasa x salahkan selagi ada perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain.. ok pasal kak Ayu ni, dia pun sorang yang baik hati , suka menghulurkan pertolongan, dan memang friendly orangnya. Pendek kata... senang berkawan dan berurusan dengan dia yang tidak banyak karenah he he he




Kak Shima



Merupakan guru muzik di kelas PPKI SKPU 3 ni.... Orangnya tentulah baik hati dan suka bercerita dan kebanyakannya cerita lucu lah... Memang aku asyik ketawa je dengar cerita dia, kepakaran utama.... pandai menari senamrobik

Kak Ros

Orangnya amat baik hati . Suka cerita pada aku pengalaman masa dia praktikum dulu. Sorang yang amat penyabar dan memang best la berkawan dengan dia. Dia pun tak lokek bila aku minta pertolongan. Guru yang selalu datang paling awal ke kelas Pendidikan Khas. Baru-baru ni datang ke sekolah naik motor, memang respect aku dengan dia.... yelah berapa kerat sangat pompuan yang nak naik motor datang ke sekolah @ ke tempat kerja.... Boleh bilang dengan jari la




Kak Ita

Orangnya baik dan suka bersembang dengan aku tentang apa perkara saja especially mengenai pengajianku di IPIK. Aku juga selalu bagi BBM (bahan bantu mengajar) macam gambar dan kad perkataan yang telah aku gunakan untuk dia laminate kan. Yelah dari membazir@ aku buang saja, xde faedahnya kan. Kebanyakannya BBM aku buat sendiri, jadi aku bagi sajalah kat dia, Mungkin boleh juga digunakan oleh guru lain pada masa akan datang.




guru pebimbing aku







Guru pembimbing aku semasa praktikum ni namanya cikgu Suraya, amat baik hati dan yang paling penting cool, senang dibawa berbincang, suka bergurau, senang kata x tensen la bekerja n berkawan dengan dia walaupun sebenarnya dia adalah boss kami semua. Caya lah cikgu... Peace

artis pun jadi cikgu















Rupa-rupanya salah seorang cikgu pendidikan khas ni terselit seorang artis. Patutlah muka dia macam familiar je. Ni aku perkenalkan cikgu tersebut. Cikgu ni aku panggil Akmal, artis nasyid kumpulan Miwarna. Dia merupakan senior aku di IPIK, dulu dia ambik TESL, tapi tup2 kene mengajar pendidikan khas. Cikgu ni memang ok sangat2, yang paling aku respect sifat terus terang dan sifat rendah diri dalam diri dia ni he he ( tak boleh puji sangat2, nanti kembang hidung dia ni). Orangnya dah kahwin dan ada sorang anak, tak lokek nak cerita pengalaman dia. Ni aku lampirkan gambar dia ni he he

subjek untuk mengajar

Sepanjang Praktikum, aku ditugaskan untuk mengajar subjek sains, subjek Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (asas mendobi dan penternakan haiwan). Naza pula diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek matematik, bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Pertukangan dan Pertanian). Manakala Kak Ija pula diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek English, Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Memasak serta Menjahit). Terus terang aku katakan pada mulanya aku x berapa suka dan risau diarahkan untuk mengajar subjek sains ni sebab sains bukan subjek favourite aku time di sekolah, yelah PMR sains aku dapat D (teruk kan???) dan SPM aku dapat C5 (lagilah hampeh kan). Tapi setelah aku kaji sukatan pelajaran... ternyata subjek sains pendidikan khas ni ternyata terdapat perbezaan dengan subjek sains bagi aliran perdana, so perasaan bimbang tu hilang sekelip mata... Lagi satu aku anggap sebagai cabaran... yelah tak semua perkara yang kita suka kita akan dapat dalam hidup kita, dan perkara yang kita tak suka x semestinya tidak baik untuk hidup kita kan.

minggu pertama di SKPU 3

Pada minggu pertama di SKPU 3, kami tidak lagi menjalankan PnP. Kami diberi peluang untuk masuk ke setiap kelas PPKI dan dapat beramah mesra dengan guru-guru, PPM serta murid-murid pendidikan khas SKPU3. Kami juga dapat memerhatikan bagaimana PnP dijalankan oleh guru-guru disitu dan aspek yang sememangnya penting iaitu kawalan murid.. Ternyata guru-guru disitu semuanya memang pro dalam menjalankan PnP dan dalam aspek kawalan murid. Semua ni penting untuk aku jadikan panduan kerana boleh dikatakan aku tiada pengalaman langsung dalam mengendalikan murid-murid pendidikan khas. Yang ada cuma sedikit pengalaman sendiri dalam mengendalikan adik aku yang juga murid pendidikan khas (sindrom down) serta berdasarkan pemerhatian aku semasa mengambil adik aku disekolahnya dulu...( aku suka datang awal lebih kurang 20 min untuk mengambil adik aku disekolah). tak tau kenapa tp aku seronok melihat telatah murid-murid pendidikan khas sejak dulu lagi ( sebab aku yang bertanggung jawab menghantar n mengambil adik aku disekolahnya sejak di sekolah rendah dan di sekolah menengah di putrajaya bila aku masa cuti, time menganggur lps study di uum, semasa aku dah bekerja di JPM pun, aku still ambik dia time balik sekolah)

Hari pertama di SKPU3

Macam biasalah hari pertama kena melaporkan diri pada guru besar. Namun terdapat sedikit kekeliruan sbb masa kami pergi hendak berjumpa guru besar, kami diarahkan tunggu dahulu di ruang pejabat. Tapi pada masa yang sama perhimpunan sekolah diadakan. Pastu dengar bising-bising mengatakan 3 guru praktikum tidak hadir ke perhimpunan (kami bertiga la siapa lagi). Namun setelah diterangkan kepada mereka yang bertanggungjawab, selesailah masalah. Setelah berjumpa dan diberikan sedikit taklimat tentang sekolah dengan Penolong Kanan, Cikgu Jamhari ditemani bersama Puan Nur Suraya merangkap penyelaras PPKI SKPU 3 dan guru pebimbing aku dan Kak Ija, kami pun masuk ke kelas SKPU 3. Ternyata kelas pendidikan khas ni lebih kondusif berbanding sekolah lain yang pernah aku pergi... Setelah diberi penerangan serba ringkas tentang pendidikan khas disekolah tersebut, kami pun berkenal-kenalan dengan guru-guru dan PPM di situ yang ternyata cool semuanya dan very friendly. Pada sebelah tengahari, ada satu mesyuarat diadakan untuk lawatan ke KLCC pada hari Rabu. Kami diberi penerangan secara ringkas tentang perancangan yang telah dibuat. Aku dan kak Ija diberi tugasan untuk membuat laporan lawatan dan Naza diberi tanggungjawab untuk mengetuai guru-guru lain mengenai kawalan murid-murid semasa lawatan diadakan. Tapi dalam mesyuarat tu, aku ditegur kerana sikap aku yang terlalu pendiam dan tidak mesra oleh sorang cikgu ni( x perlu aku sebut nama dia ha ha ha) dan kami tak hulurkan tangan untuk bersalam dengan dia he he he. Sebenarnya bukan tidak hendak bersalam dengannya tapi disebabkan betul-betul terlupa (alasan yang amat kukuh he he he). Lagi satu memang aku agak pendiam tapi InsyaAllah aku bukan sombong, dan berlagak,cuma kadang-kadang sikap aku ni disalah tafsir, tapi aku x kisah dan ambil hati langsung apabila ditegur, memang salah aku pun...

Sebelum praktikum di SKPU3

Pada mulanya, aku , naza dan Kak Ija merancang nak menjalani praktikum di S K Puchong Utama 1, tempat kitaorang menjalani PBS 1&2. Tetapi memandangkan ada beberapa masalah yang timbul, kami pun menukar perancangan tersebut dan SK Puchong Utama 3 menjadi pilihan. Pada suatu petang jumaat yang aku tidak ingat harinya tp sebelum cuti sekolah, aku dan naza secara berani mati datang ke SKPU3 untuk mendapat keizinan dari guru besar untuk menjalani praktikum di situ. Malangnya kami sesat jugak sbb first time datang ke sekolah ni, orang yang tak pernah datang ke sekolah ni selalunya sesat, sbb sekolah ni nampak dari highway tapi jalan masuknya arah lain. Syukur kami jumpa jugak akhirnya. Bila dah sampai, kena jumpa dengan guru besar dulu. Guru besar pada mulanya macam x suka akan kehadiran kami dengan bertanyakan beberapa soalan yang agak membunuh ha ha, tp akhirnya kami lega sebab kami hanya diuji semata-mata, ternyata guru besar ni baik orangnya dan Syukur Alhamdulillah akhirnya kami diterima menjalani praktikum disini... yahoo