Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri




Kepada semua yang mengenali aku.... Aku disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari aku dan famili... Maaf Zahir dan Batin......

Terima kasih atas segalanya

Kepada semua cikgu, ppm dan murid pendidikan khas SKPU 3, terima kasih atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, jalinan persahabatan yang dihulurkan serta bantuan yang diberi sepanjang aku, naza dan kak iJa menjalani praktikum disini. InsyaAllah kita tetap akan berjumpa lagi pada masa akan datang, Semoga PPKI SKPU3 akan terus cemerlang.... Cikgu Akmal n Cikgu Azrin, korang memang best and cool. Banyak yang aku belajar dari korang berdua. Ada masa nanti kita lepak sama-sama. Kak Ita, Kak Su, Kak Ros, Kak Shima, Kak Mas Ayu, Kak Zai, Kak Gee, Ana dan Ayu, Farizah serta Kaaroline... harap-harap lepas ni boleh jumpa lagi ya. Disini aku doakan kejayaan korang semua dunia dan akhirat dan doa2kan kejayaan aku dan rakan2 jugak... Jumpa lagi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Kepada yang balik kampung... semoga selamat sampai dan selamat kembali ke sekolah nanti.... InsyaAllah

Wednesday, September 16, 2009

Iron baju kemeja

Kelas terakhir KH B, aku mengajar topik cara-cara untuk menggosok baju kemeja.... Aku mengajar secara berpasangan menggunakan khidmat Kak Ija@ guru praktikum cemerlang.... sbb plan asal nak ajar subjek BM tajuk kenderaan darat... tapi disebabkan dia diobserve untuk sahkan dapat subjek cemerlang, dia dah present tajuk tu kat lecturer... jadi kami pilih topik ini untuk buat pengajaran secara berpasangan. Syukur PnP berjalan lancar....Aku mulakan dengan set induksi dengan video How To Iron The Shirt, langkah 1 iaitu memperkenal peralatan-peralatan untuk menggosok baju kemeja melalui slide power point, gambar dan kad perkataan serta langkah 2 iaitu menunjukkan barang-barang maujud untuk menggosok baju kemeja. Manakala Kak Ija mempraktikkan langkah 3 dan ke 4 iaitu demo cara mengggosok baju kemeja dimana langkah-langkah keselamatan amat dititikberatkan dan membenarkan murid-murid menggosok sendiri baju kemeja tersebut dengan pengawasan guru. Murid-murid nampak seronok untuk menggosok baju kemeja sendiri. Lepas ini harap-harap mereka boleh iron baju sendiri sekurang-kurangnya baju sekolah mereka sendiri.



Kelas Sains terakhir untuk kelas Ceria

Hari ini merupakan kelas terakhir aku untuk subjek Sains bagi Kelas Ceria. Topik aku ajar ialah pakaian harian dibawah tajuk pakaian (rujuk silibus kalo x percaya). Macam biasa aku mulakan kelas dengan video ( set induksi kegemaran aku). Kelas berjalan seperti biasa.... PnP tetap berjalan walaupun dalam keadaan agak santai. Memang rasa tenang sangat mengajar budak-budak kelas ni.....sbb aku dapat rasa aku telah membina hubungan yang rapat dengan mereka walaupun hanya selama 12 minggu praktikum disini.




Jahitan Kak Ita

Pagi tadi sempat terpandang jahitan Kak Ita untuk subjek KH. Memang cantik dan menarik, jadi aku tak lepaskan peluang untuk ambil gambar.... ni belum tengok lagi untuk jahitan cross stitch, mesti gempak lagi.... Good job Kak Ita, kalau nak dibandingkan dengan jahitan aku memang macam langit dan bumi.... tapi sekurang-kurang aku buat sendiri, tak suruh mak @kakak aku yang jahitnya.... buruk-buruk mana pun jahitan aku tu, ia datang dari hasil tangan aku sendiri.. biasalah aku memang x pandai menjahit.... kalo nak buat alter untuk seluar jeans aku boleh la skit2, tu pun main hentam je.... oklah .... jadi aku uploadkan beberapa gambar jahitan kak Ita disini













Tuesday, September 15, 2009

tahniah kak ija

pagi tadi aku dapat call dari lecturer pembimbing Kak Ija dan Naza... Rupa-rupanya dia nak bercakap dengan Kak Ija sebab Kak Ija tak bawa handphone dia dalam kelas... tengah khusyuk mengajar la... Dia telefon untuk beritahu Kak Ija dicalonkan untuk dapat cemerlang dalam praktikum.... jadi Puan Nik Aida, lecturer kitaorang di IPIK akan datang untuk observe kak Ija. Mujur segala ABM telah disediakan sebabkan perancangan asalnya kami merancang untuk membuat pengajaran berpasangan.. Memang Puan Nik datang dengan muka masam x ceria seperti selalu, malahan time kak Ija buat PnP pun, Puan Nik x beri respon seperti selalu.... dan akhirnya tak sempat PnP dijalankan, Puan NIk minta izin untuk balik... Tension la Kak Ija... ingat dah gaglal untuk observe kali ini.... murid-murid Kelas Ceria pun ada yang buat hal... maklumlah waktu rehat.... kesiannya kak Ija kan... Tp petang tadi tengah aku sedap landing atas katil, aku dapat sms dari Kak Ija, dia bgtau Puan Saodah sms dia, dia dah confirm dapat cemerlang... Syukurlah..... akhirnya segala penat lelah dia pun berbaloi.... aku sebagai sahabat pun tumpang gembira....

akhirnya aku diobserve kali terakhir

Akhirnya, hari yang aku tunggu-tunggu tiba juga.... aku diobserve oleh lecturer untuk kali terakhir..... memandang telah bebrapa kali ditunda... Lecturer aku kali ini mengobserve aku untuk subjek BM. Tajuk yang aku persembahkan ialah Makanan Berkhasiat.... tak tidur aku jugak malam sebelum pagi aku diobserve.... aku dah buat yang terbaik... rph pun aku buat yang paling gempak dalam buku RPH tu... jadi aku x kisah dah dapat markah apapun.... sebab lecturer yang menilai tentunya lebih arif dari aku, so far aku mendapat komen yang positif dari lecturer..... syukur Alhamdulillah... Terima kasih juga diucapkan kepada Kak Ija yang banyak membantu dan tak lupa juga kepada guru pembimbing..... Cikgu Suraya yang banyak menberi nasihat yang berguna dalam mengurangkan rasa gemuruh dan tension sebelum aku diobserve kali ini.. Tak lupa juga kepada rakan-rakan guru yang lain yang banyak memberi semangat kepada aku... Cayalah korang semua....

Wednesday, September 9, 2009

Dugaan masa praktikum

Aku dari 2 minggu lepas jarang tido malam, stay sampai pagi sebab prepare lecturer nak datang observe. Tapi lecturer tak datang pulak..... time murid ada, dia pulak yang ada meeting, time dia free murid pulak yang tak datang.... so siapa yang hendak dipersalahkan..... tapi bagi pihak aku, aku still rasa aku tak bersalah sebab bukan aku tak ready untuk diobserve.... nak salah lecturer dia pun ada komitmen lain, nak salahkan murid confirm tak logik , jadi aku t.erima saja dengan redha apa pun dugaan yang datang.... Ini dapat mengajar aku tentang kesabaran dalam erti kata yang sebenarnya. Tapi sebagai manusia biasa aku tetap terasa jugak sebab kawan-kawan semua, dah habis diobserve.... nasib aku tak tahu macam mana lagi... tapi aku dah berusaha untuk buat yang terbaik untuk praktikum ni.... jadi aku bertawakal saja kepada Allah SWT, apapun terjadi, life must go on kan................

Friday, September 4, 2009

Kem Pengurusan Kendiri

Kem ni tinggalkan banyak kenangan pada aku, banyak pengalaman pahit manis yang aku dapat dalam usaha aku menjadi guru pendidikan khas dalam erti kata yang sebenarnya...... terima kasih atas segala bantuan yang dihulurkan kepada aku dan aku rasa memang aku tak terbalas... Antara aktiviti yang dijalankan ialah jahitan cross stitch, solat berjamaah, senamrobik, menggosok pakaian, perkhemahan, ice breaking, melukis batik, barbeku dan acara-acara lain sebagai sampingan.... K0mitmen daripada guru-guru dan PPM juga berada pada tahap yang amat membanggakan... Tahniah dan aku harap program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang....


....

hari KOKU PPKI SKPU3

Antara program yang dijalankan adalah senaman pagi dan senamrobik, sukaneka, permainan dalaman dan tayangan video. Aku diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sukaneka... Syukur walaupun ada acara yang tidak dapat dijalankan seperti dirancang disebabkan masalah cuaca yang kurang baik pada hari tersebut... tapi objektif yang telah ditetapkan telah tercapai. Bro Naza pulak mengendalikan senamrobik sementara kak ija mengendalikan permainan dalaman, tapi tanpa bantuan dari guru lain dan PPM, kami tak mampu menjalankan tugas. Jadi terima kasih atas segalanya, hutang emas boleh dibayar, budi korang semua ku bawa mati.... Peace





jamuan fiesta ria

Jamuan diadakan untuk meraikan para guru dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus memastikan program yang telah dirancang berjalan lancar. Pada malam tersebut aku diberi tugas yang tak pernah aku lakukan seumur hidup, iaitu menjaga kaunter karaoke..... tapi tak kisahlah la, at least aku dapat pengalaman baru.... lagipun aku ditemani sahabat setia, siapa lagi kalo tak Bro Naza... so far program ini memang best dan enjoy... dapat hadiah lagi..... so syukur Alhamdulillah





Sambutan Hari Jadi

Sambutan Hari Jadi merupakan aktiviti yang wajib di sini.... Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan silaturahim antara murid dengan guru. Jadi aku nampak aktiviti banyak kebaikannya dan wajarlah diteruskan pada masa akan datang.....




fiesta ria SKPU 3

Fiesta Ria SKPU3, memang best la event ni...... ada macam-macam program. Persembahan artis pun ada jugak. Yang best mesti la persembahan dari sahabatku n ahli groupnya, Miwarna dan Amir UKs. T-shirt free pun dapat dan aku boleh simpan sebagai kenangan sepanjang aku menjalani praktikum di sini. Penat buat keje memang la terasa.... tapi rasa enjoy menyebabkan rasa penat tu hilang. So tak perlu aku comment panjang2 kat sini he he


lawatan ke KLCC

Minggu pertama praktikum... PPKI SKPU3 adakan lawatan ke KLCC dimana tempat dilawati seperti Skybridge, Petrosains dan Dinotrek.... kesimpulannya lawatan ni memang best cuma penat sikit berkenaan kawalan murid... tapi aku dapat belajar untuk meningkatkan lagi sifat sabar aku dalam proses untuk menjadi guru pendidikan khas yang sebenarnya