Thursday, August 27, 2009

minggu pertama di SKPU 3

Pada minggu pertama di SKPU 3, kami tidak lagi menjalankan PnP. Kami diberi peluang untuk masuk ke setiap kelas PPKI dan dapat beramah mesra dengan guru-guru, PPM serta murid-murid pendidikan khas SKPU3. Kami juga dapat memerhatikan bagaimana PnP dijalankan oleh guru-guru disitu dan aspek yang sememangnya penting iaitu kawalan murid.. Ternyata guru-guru disitu semuanya memang pro dalam menjalankan PnP dan dalam aspek kawalan murid. Semua ni penting untuk aku jadikan panduan kerana boleh dikatakan aku tiada pengalaman langsung dalam mengendalikan murid-murid pendidikan khas. Yang ada cuma sedikit pengalaman sendiri dalam mengendalikan adik aku yang juga murid pendidikan khas (sindrom down) serta berdasarkan pemerhatian aku semasa mengambil adik aku disekolahnya dulu...( aku suka datang awal lebih kurang 20 min untuk mengambil adik aku disekolah). tak tau kenapa tp aku seronok melihat telatah murid-murid pendidikan khas sejak dulu lagi ( sebab aku yang bertanggung jawab menghantar n mengambil adik aku disekolahnya sejak di sekolah rendah dan di sekolah menengah di putrajaya bila aku masa cuti, time menganggur lps study di uum, semasa aku dah bekerja di JPM pun, aku still ambik dia time balik sekolah)

0 comments:

Post a Comment