Thursday, August 27, 2009

Hari pertama di SKPU3

Macam biasalah hari pertama kena melaporkan diri pada guru besar. Namun terdapat sedikit kekeliruan sbb masa kami pergi hendak berjumpa guru besar, kami diarahkan tunggu dahulu di ruang pejabat. Tapi pada masa yang sama perhimpunan sekolah diadakan. Pastu dengar bising-bising mengatakan 3 guru praktikum tidak hadir ke perhimpunan (kami bertiga la siapa lagi). Namun setelah diterangkan kepada mereka yang bertanggungjawab, selesailah masalah. Setelah berjumpa dan diberikan sedikit taklimat tentang sekolah dengan Penolong Kanan, Cikgu Jamhari ditemani bersama Puan Nur Suraya merangkap penyelaras PPKI SKPU 3 dan guru pebimbing aku dan Kak Ija, kami pun masuk ke kelas SKPU 3. Ternyata kelas pendidikan khas ni lebih kondusif berbanding sekolah lain yang pernah aku pergi... Setelah diberi penerangan serba ringkas tentang pendidikan khas disekolah tersebut, kami pun berkenal-kenalan dengan guru-guru dan PPM di situ yang ternyata cool semuanya dan very friendly. Pada sebelah tengahari, ada satu mesyuarat diadakan untuk lawatan ke KLCC pada hari Rabu. Kami diberi penerangan secara ringkas tentang perancangan yang telah dibuat. Aku dan kak Ija diberi tugasan untuk membuat laporan lawatan dan Naza diberi tanggungjawab untuk mengetuai guru-guru lain mengenai kawalan murid-murid semasa lawatan diadakan. Tapi dalam mesyuarat tu, aku ditegur kerana sikap aku yang terlalu pendiam dan tidak mesra oleh sorang cikgu ni( x perlu aku sebut nama dia ha ha ha) dan kami tak hulurkan tangan untuk bersalam dengan dia he he he. Sebenarnya bukan tidak hendak bersalam dengannya tapi disebabkan betul-betul terlupa (alasan yang amat kukuh he he he). Lagi satu memang aku agak pendiam tapi InsyaAllah aku bukan sombong, dan berlagak,cuma kadang-kadang sikap aku ni disalah tafsir, tapi aku x kisah dan ambil hati langsung apabila ditegur, memang salah aku pun...

0 comments:

Post a Comment