Thursday, August 27, 2009

Sebelum praktikum di SKPU3

Pada mulanya, aku , naza dan Kak Ija merancang nak menjalani praktikum di S K Puchong Utama 1, tempat kitaorang menjalani PBS 1&2. Tetapi memandangkan ada beberapa masalah yang timbul, kami pun menukar perancangan tersebut dan SK Puchong Utama 3 menjadi pilihan. Pada suatu petang jumaat yang aku tidak ingat harinya tp sebelum cuti sekolah, aku dan naza secara berani mati datang ke SKPU3 untuk mendapat keizinan dari guru besar untuk menjalani praktikum di situ. Malangnya kami sesat jugak sbb first time datang ke sekolah ni, orang yang tak pernah datang ke sekolah ni selalunya sesat, sbb sekolah ni nampak dari highway tapi jalan masuknya arah lain. Syukur kami jumpa jugak akhirnya. Bila dah sampai, kena jumpa dengan guru besar dulu. Guru besar pada mulanya macam x suka akan kehadiran kami dengan bertanyakan beberapa soalan yang agak membunuh ha ha, tp akhirnya kami lega sebab kami hanya diuji semata-mata, ternyata guru besar ni baik orangnya dan Syukur Alhamdulillah akhirnya kami diterima menjalani praktikum disini... yahoo

0 comments:

Post a Comment