Wednesday, September 16, 2009

Iron baju kemeja

Kelas terakhir KH B, aku mengajar topik cara-cara untuk menggosok baju kemeja.... Aku mengajar secara berpasangan menggunakan khidmat Kak Ija@ guru praktikum cemerlang.... sbb plan asal nak ajar subjek BM tajuk kenderaan darat... tapi disebabkan dia diobserve untuk sahkan dapat subjek cemerlang, dia dah present tajuk tu kat lecturer... jadi kami pilih topik ini untuk buat pengajaran secara berpasangan. Syukur PnP berjalan lancar....Aku mulakan dengan set induksi dengan video How To Iron The Shirt, langkah 1 iaitu memperkenal peralatan-peralatan untuk menggosok baju kemeja melalui slide power point, gambar dan kad perkataan serta langkah 2 iaitu menunjukkan barang-barang maujud untuk menggosok baju kemeja. Manakala Kak Ija mempraktikkan langkah 3 dan ke 4 iaitu demo cara mengggosok baju kemeja dimana langkah-langkah keselamatan amat dititikberatkan dan membenarkan murid-murid menggosok sendiri baju kemeja tersebut dengan pengawasan guru. Murid-murid nampak seronok untuk menggosok baju kemeja sendiri. Lepas ini harap-harap mereka boleh iron baju sendiri sekurang-kurangnya baju sekolah mereka sendiri.



1 comments:

yahya said...

kuşadası
milas
çeşme
bağcılar
muğla

4G8HM

Post a Comment